Friday, July 6, 2012

Teknik mencairkan coklat Compound

Coklat boleh dicairkan di dalam ketuhar gelombang mikro. Walaupun ia sudah cair, bentuknya akan kekal seperti asal. Kacau sebaik saja dikeluarkan. Memang mudah.

Satu cara lain dipanggil baine marie. Kaedah ini yang juga dikenali dengan nama double-boiler. Ia melibatkan air mendidih di dalam periuk dan mangkuk tahan panas di atasnya. Dasar mangkuk jangan sekali-kali mencecah air mendidih itu. Api pula hendaklah perlahan saja supaya wap air tidak terlalu banyak. Jika wap air jatuh ke dalam coklat, ia akan mengeras.

Coklat putih lebih rumit untuk dicairkan dibandingkan dengan coklat masakan (biasa). Pastikan air mendidih paling perlahan (api paling kecil) kerana suhu kecairan coklat putih jauh lebih rendah daripada coklat masakan. Jika anda menghiris coklat kecil-kecil, proses mencairkannya tidak akan memakan masa yang lama. 

Wednesday, January 18, 2012

Hadiah Coklat

Seronok bila tgk orang suka bila dapat hadiah coklat. Lagi2 coklat tu kita yang buatkan? Ni gambar2 aku ambik dari facebook Angah. Rajin betul dia celebrate besday kawan2 & adik beradik dia. Happy betui bila coklat yang aku buat mendapat sambutan dan dorang repeat order. Alhamdulillah...






Monday, January 9, 2012

Tempahan Angah selayang

Terima kasih atas tempahan dari Angah dan tempahan ke3 akan menyusul minggu depan. Baik betul budak ni bagi hadiah kepada kawan2 n saudara yg menyambut hari lahir mereka. Teruskan kebaikan tu dan order lagi ye... hehe
 Tempahan ke2

 Tempahan p1

Tuesday, October 25, 2011

As Salam

Lama betul x up date blog coklat ni... Alhamdulillah sejak dari bulan puasa ari tu tempahan coklat dari kawan2 dan orang ramai begitu menggalakkan. Sampai habis stok coklat dan nak kena beli untuk tempahan yg akan datang. Bulan depan ni cuti sekolah so banyak orang kawen dan saya dah dapat beberapa order untuk bulan Disember nanti. Memang x sempat nak snap gambar sebab order yang suntuk daripada regular customer... terpaksalah buatkan. Kalau esok customer nak, harini baru order... mcm mana tu? nasib lah customer tetap kan kalau x malas gak nak amik tempahan tu. Insya Allah saya akan update gambar2 terbaru nanti... kalau berminat nak tempah coklat boleh la contact saya kerana kami menawarkan harga yang berpatutan dan rendah dari yang lain.

Friday, July 22, 2011

Topping Strawberry Mocha

Sebenarnya yang atas tu adalah filling strawberry dan Mocha... tapi kegemaran pelanggan mestilah diturutkan ye tak? Ramai yang suka rasa filling yang sedap ni dan mintak letakkan di atas biskut oreo. So ni la dia Oreo Coklat dengan topping... hehe. 



Nama sama org berbeza

Tempahan dari Yati, Selayang untuk suaminya yang tersayang

Tempahan dari Yati, Cheras untuk adik ipar yang berkahwin di Kelantan. Thanks sebab tempah extra 20 ecopack