Thursday, June 23, 2011

Kebaikan COKLAT kepada kesihatan


Coklat yang mengandungi 70% biji koko kaya dengan kandungan antioksidan ( iaitu fenol dan flavonoid ). Seperti yang kita ketahui, antioksidan membunuh radikal bebas di dalam tubuh. Antioksidan di dalam coklat adalah 3 kali ganda dari teh hijau yang selama ini dikatakan mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi. Fenol sebagai antioksidan mampu mengurangkan kolesterol dalam darah, mengurangkan risiko serangan jantung dan mencegah risiko kanser, stroke dan darah tinggi.


Lemak dalam coklat yang berkualiti tinggi terbukti bebas kolesterol dan menghalang salur darah dari tersumbat. Coklat juga mengandungi beberapa vitamin bagi tubuh seperti:-
  • Vitamin A, Vitamin B1, Vitamin C, Vitamin D, Vitamin E, Zat besi, Kalium, Kalsium
  • Magnesium (kekurangan magnesium boleh menyebabkan masalah penyakit darah tinggi, diabetes, sakit jantung, sakit sendi dan senggugut)
  • Antioksidan dan Katekin (mencegah penuaan awal)

No comments:

Post a Comment