Monday, July 11, 2011

Tempahan

Alhamdulillah banyak tempahan yang aku dapat bulan ni, x dapat nak upload semua sebab yang kecik2 tu siap je habis Aina angkut bawak jual dekat sekolah dia. Sampai tak menang tangan nak siapkan tempahan dorang. Kat bawah ni special order untuk tunang dan anniversary. Ada 3 lagi tempahan untuk kawen, birthday dan gift dorang nak ambik hari khamis ni... nanti aku upload.

Tempahan dari Alor Gajah, Melaka. Di tempah oleh Dr. Hasma untuk perkahwinan abangnya di Kelang. Thanks Hasma, nanti ada rezeki dia akan buat tempahan untuk majlis kahwin pada hujung tahun nanti.

Siapkan tempahan dari Fatin dengan kelam-kabutnya. Pukul 3 dia tempah dan dia datang ambil pukul 6 petang. Sabar je la... lain kali order seminggu awal ye sayang... nasiblah kakakmu ni berhati mulia, cewah! kesian pulak dia boleh terlupa anniversary dia... adoyai!

No comments:

Post a Comment