Friday, July 6, 2012

Teknik mencairkan coklat Compound

Coklat boleh dicairkan di dalam ketuhar gelombang mikro. Walaupun ia sudah cair, bentuknya akan kekal seperti asal. Kacau sebaik saja dikeluarkan. Memang mudah.

Satu cara lain dipanggil baine marie. Kaedah ini yang juga dikenali dengan nama double-boiler. Ia melibatkan air mendidih di dalam periuk dan mangkuk tahan panas di atasnya. Dasar mangkuk jangan sekali-kali mencecah air mendidih itu. Api pula hendaklah perlahan saja supaya wap air tidak terlalu banyak. Jika wap air jatuh ke dalam coklat, ia akan mengeras.

Coklat putih lebih rumit untuk dicairkan dibandingkan dengan coklat masakan (biasa). Pastikan air mendidih paling perlahan (api paling kecil) kerana suhu kecairan coklat putih jauh lebih rendah daripada coklat masakan. Jika anda menghiris coklat kecil-kecil, proses mencairkannya tidak akan memakan masa yang lama. 

Teknik mencairkan coklat Compound tidak sama seperti mencairkan coklat Masakan.
Untuk mencairkan coklat Compound, ianya cuma memerlukan haba wap bersuhu antara 70-80oC sahaja.

Langkah-langkahnya :
1. Sediakan air panas bersuhu sekitar 70-80oC dan diletakkan didalam flask air.
2. Potong 500 g coklat Compound dan masukkannya kedalam periuk aluminium.
3. Letakkan periuk aluminium berisi coklat ke atas flask yg telah terisi dengan air panas.
4. Kacau coklat sehingga cair.

Teknik Membuat 'Handmade Chocolate'
(Coklat Mengikut Acuan)
1. Masukkan coklat Compound yg telah cair td ke dalam acuan.
2. Hentakkan acuan sehingga coklat menjadi mampat.
3. Ratakan dan sisirkan coklat menggunakan perata.
4. Masukkan coklat kedalam peti sejuk sehingga menjadi keras.
5. Keluarkan coklat dari peti sejuk dan keluarkannya dari acuan.
6. Coklat telah siap dan sedia untuk dihidangkan.

1 comment: